Thursday, 3 July 2014


KL FABULOUS FOOD HUNT (KLFFH) merupakan salah satu program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia W.P. Kuala Lumpur / Putrajaya.

Acara berbentuk “food hunt” ini telah menarik penyertaan daripada penggemar makanan kerana keunikannya. Sambutan yang diterima setiap tahun amat menggalakkan bukan sahaja dikalangan peserta tempatan malahan penyertaan di peringkat antarabangsa.

Acara yang diadakan untuk tahun ke-enam ini menganggarkan penyertaan seramai 680 orang mewakili 170 pasukan termasuk dari kategori tertutup khas untuk media terpilih, sponsor dan MOTAC. Mereka akan berlumba di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter dan monorel untuk melengkapkan tugasan di setiap Check Point.

Pelbagai hadiah menarik menanti para peserta termasuk wang tunai berjumlah RM20,000.00 dan cabutan bertuah. 


FORMAT
  • Satu kumpulan mempunyai 4 orang ahli.
  • Semua kumpulan akan bermula dan menamatkan cabaran di Lanai, MaTiC.
  • Mereka perlu membuat semua tugasan di 8 check point dan mendapatkan cop ‘completed’. 
  • Pasukan bebas untuk memilih mana-mana check point untuk diselesaikan dahulu sebelum menuju ke garisan penamat.  
  • Pasukan yang sampai paling cepat dengan 8 cop dikira pemenang


Penafian
Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang timbul kepada peserta kerana kecuaian serta kelalaian untuk mengikuti sebarang syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan.
Pihak Penganjur berhak mengubah, menukar, meminda mana-mana bahagian syarat-syarat penyertaan pada bila-bila masa jika perlu.

    3 comments:

    1. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    2. Bila pihak penganjur nak reply email saya mengenai Refund? saya nak tahu berapa lama process pembayaran semula ke kami.

      ReplyDelete